Monday 5 May 2014

Short Getaway - Pulau Perhentian

Assalamualaikum.

Since lakiku tak bagi pergi team building dekat Hutan Belum sebab dia jeles tak boleh ikut, jadinya dia kene jugak bawak bini dia join team dia ke Pulau Perhentian. Dah dekat 2 minggu tak jumpa sebab dia ni duk round 1 Terengganu buat kerja. 

Malam Ahad tu naik flight ke Kota Baru n hubs bawak balik ke homestay di Kuala Besut. Pagi esoknya jam 8 dah dekat jeti. Sebelum tu pekena nasik dagang dulu. Okey..gambar tak ada hehe.


Almost 2 weeks tak jumpa..selfie dulu ;p

Kali ni pergi ke Pulau Perhentian bersama 8 orang termasuk I. Naik di Jeti Kuala Besut ke Coral View mengambil masa almost 30 minit. Sebelum naik tu kami borong dulu air mineral, roti dan makanan lain. Selain nak bagi makan ikan, sambil-sambil tu masuk mulut sendiri jugak nanti. Jadinya bekalan memang banyak. 


Berbanding masa pergi Pulau Redang hari tu, kali ni kamu naik speed boat which tak memabukkan. Kalau ke Laguna Redang, naik boat besar diorang, memang memabukan sbb terperap dalam boat dengan bau boat lagi..so iolls pening. So I prefer speed boat yang open air.
 Boleh cas-cas ambik gambar air laut kan..

 Orang sekarang dah guna gopro, dia duk guna garmin buat keje..kononya boleh tag coordinat lah bagai..padahal cover sbb ade budak dalam boat sibuk duk selfie guna gopro=p


Dari Jeti lebih kurang jam 10 pagi, sampai di Coral View jam 11 pagi. Ada transfer point dari boat besar ke boat kecik. Kemungkinan nak elak rosakkan coral kat tepi-tepi pantai depan resort sbb ada lagi yang masih hidup.

 Depan Coral View

Since Coral View je yang available sebab last minutes booking, jadinya dapat bilik Deluxe Hill Top..memang top sungguh. Tahap nak naik ke bilik paling atas tu, boleh tercabut jantung. Dengan bawak barang bagai, dengan panas..boleh mengundang amarah hehehe..Nasib terubat sebab bilik boleh tahan ok walau katil single dan tahap tilam nak melendut je bawah dah. Ada balkoni siap dengan dengan meja nak bersantai dan penyidai kain.

  Tangga nak turun. Banyak pulak cabang, boleh sesat jugak..

Sebelum snorkeling, kita lunch dulu di Mama's restaurant. FYI, kitorang tidur je kat Coral View, makan dia Mama's Restaurant..Jalan lebih kurang 10 minit ke restaurant tu tapi tak jauh mana pun..sederet dengan Coral View. Package snorkeling semua dengan Mama's..

 Ikan tenggiri masa sweet sour dan ayam masak halia...boleh tahan sedap tapi bukan taste I lagi..Buat alas perut boleh lah dari tak ada.

 Gile terik matahari masa ni..tapi demi snorkeling..kita pakai jelah sunblock boleh 10 lapis hehe

Tengok lah lakiku...kalau boleh dr awal naik boat sampai turun boat...keje nak menyapu sunblock je..

Jam 2 petang dah ada aktiviti snorkeling. Masa ni nak ke Turtle Point. Duk mencari lah turtle ada 3 - 4 ekor jugak kat situ. Tengok diorang ni makan kat dasar. Lepas tu ke mana pun tak tahu lah..yang penting cantik, banyak ikan. 

Lepas tu ke Shark point. Kawasan laut situ memang dalam. Mula-mula turun dah nampak bapak shark lalu tepi kat bawak. Menggelabah jugak. Orang lain tak turun lagi I dah turun. Konon perani puiiii...Sekali paksa hubs jangan pergi jauh-jauh sangat. Dia bukan boleh kira. Berenag cas-cas duyung pastu ntah ke mana-mana dia selam. Konon boleh tahan nafas lama..kang tak pasal-pasal nampak dia duk dengan shark. Budak yang bawak kitorang ni turun skali..dia nak tunjuk tempat shark berkumpul. Adalah 4 ekor nampak hari tu. Tapi kat bawah je. Kalau dia naik atas dia nak attack..So bila dia duk bawah tak ada apa sangat.
Last kami ke Lata Air Berani..yang bawak boat cakap, kat lata ni niat nak bertemu jodoh. I masa ni.."syg you jangan berani niat yang bukan-bukan. Niat jangan bertemu jodoh dah. Cukup sorang je". hahaha..Air kat lata ni dari bukit kot..sejuk semacam. Memang best sebab boleh hilang melekit air masin.


  Lata Air Berani

Balik je dari snorkeling tu..berhenti je depan pantai..nampak diorang duk siang. Diorang baru pergi pancing tadi.

 Makan ikan fresh kita malam ni..

Esoknya kami ke Pulau Rawa..cantik MasyaAllah..rasa tak nak balik. Air clear, ikan cantik. Coral pun cantik. Semua cantik lah. Tak puas duk situ. .

 Bagi makan ikan..tapi tuan pun makan sekali..lapar wei..

 Muka tak boleh blah..happy semacam..tapi syok wooo..nak pergi lagi lepas ni.

Lepas tu gerak ke tempat yang jarang orang pergi. Gambar pulak tak ada sebab I syok sangat tengok tempat tu cantik. Dalam cantik-cantik pun masa tengah selam nak naik atas permukaan air..cantik naik ikut matahari nampak bubble..dalam bubble ada bubble kecik-kecik lagi. Tak tahu tu jellyfish, skali I cucuk lah..rasa macam jelly keras tu. Bende tu kecik, arus deras, jadi tak perasan dia terpelanting kat mana. Sekali balik hotel dah merah semacam dahi..ingatkan sunburn.
Macam ni lah jellyfish tu lebih kurang..tapi yang I jumpa bila mengadap matahari, duk pulak kat permukaan..MasyaAllah cantiknya..tapi tu lah..tangan gatal nak cucuk-cucuk. Kan dah kene.

 Ni merah masa hari nak balik dah..puas cover dengan foundation..tak jalan jugak. Malam nak balik tu baru membengkak..dah macam flowerhorn dah dahi masa ni.

Lepas tu ke Light House..Diorang ni nak terjun katanya. Paling tinggi pun tingkat 2 sebab budak yang bawak kat kitorang cakap dia pun dah serik nak terjun dari atas. Berdesing boleh pecah gendang telinga. Tinggi tu. Nampak je dari bawah tak tinggi sangat.

 Ni namanya light house..masa ni tak ada orang lagi..yang singgah pun tengok-tengok je..datang kitorang, terjun terus dari atas..

 Boss hubs naik dulu..

Dah macam superman terjun nak selamatkan mangsa
 
 I kat bawah je lah..malas nak naik..arus dah lah tengah deras masa ni. Pantang lepas boat sikit..dah ketengah perginya. Jadinya I malas nak berenang naik atas tu..duk je tepi bagi semangat kat laki yang setengah jam duk atas tu tapi tak terjun terjun..tension btl haha

 Budak yang bawak kitorang ni dah 2 kali terjun..hubs tak terjun-terjun..

 Lama baru lah terjun. dah lah salah teknik..hahaha

I support dari bawah je lah..sembang dengan minah jerman boleh cakap indon + melayu ni

 Minah Jerman ni pandai cakap bahasa ..duk Jakarta n Malaysia lama..tunggu anak dan husband dia terjun.

Esoknya..kami tak ada aktiviti sebab group hubs nak buat perbincangan untuk kerja diorang. I malas nak turun laut dah kalau sorang. Tak ada geng tak best lah pulak. So duk je lah tepi diorang dengar sikit-sikit apa diorang buat. By 12.30pm kitorang dah gerak naik boat nak balik dah.
 
 Tunggu boat nak balik

 Us..sampai ke temu lagi Pulau Perhentian..Sure kitorang akan datang lagi=)

 Ok jom balik...

Singgah Pasar Payang sekejap, pastu makan di Chendering..tak pasal-pasal dahi membengkak pulak. Berhenti klinik ambik injection skali..ngantuk gile. Tidur dari jam 9 malam ke 7 pagi sampai kat rumah..sambung pulak sampai kul 4. Penangan ubat inject tu. Hubs berhenti tidur berapa kali pun tak sedar. Kesian dia tak ada orang teman borak.

Walaubagaimanapun, short getaway beramai-ramai memang best..Lagi lah kalau ke pulau. Ada geng nak tengok ikan hehe..credit to hub's group..diorang memang sporting habis termasuklah bos dia. Lepas ni nak ke Tioman jangan lupa ajak pulak ye hahahaha.. 

Update :

Odw nak pergi majlis akad nikah di Masjid Wilayah semalam..nampak tak tang dahi macam mana? Tu dah cover 14 layers..still nampak hitam. Masa ni belum terkopek lagi. Tengah-tengah majlis dah rasa macam dah menggelupas. Bila tarik macam lapisan mask nipis yang kita pakai tu..bila kopek macam plastik nipis tu. Jadi warna merah macam lepas kulit melecur..tang border nampak hitam lagi..belum terkopek lagi..tak tahu bila nak hilang. Takut jadi setampal kat dahi warna lain dari pipi T__T"

Moral of the story..kalau jumpa apa-apa yang tak perlu nak dipegang/dibukak/dibawak balik/etc..jangan sesekaliiiiiiiiiiiii buat. Menyesal kemudian hari, dahi berparut.
 
Thanks for reading=)

Love,
Nurul

2 comments:

  1. best gileeee... gambar cantik. view indah. memang terbaik. lama tak dgr cerita nurul :)

    ReplyDelete
  2. Best..sila pergi sana..lama kat x dengar cite nani..amacam?=)

    ReplyDelete